Friday 30 December 2011

Nikmatlah ia bila dikenang...

tanya sama hati apa asal sayang
ingat pada diri juga pada tuhan
sayang pada nabi juga teman2
moga berbahagia bersama tuan

tanya sama hati apakah merindu
ingat masa lena apa mimpimu
antara badan diri dan aku
manakah dia yg sebenarnya AKU

masa berjauhan apa nk dikenang
bila difahamkan itulah sayang
aku dan juga dia diumpama pinang
nikmatlah ia bila dikenang.

tanya sama hati hidup atau mati
ingat akan tuhan dan juga diri
bila berpandangan perlu di ingati
rahsiamu adam hawa nama diberi

Coretan Hati 'AKU'

Buat bonda...

lahirku tidak ku pinta
zahirku tidak ku minta
duka ku amat peritnya
hina dan keji itulah bg yang merasa mulia

bukan salah ayah dan ibu
bukan silap siapa melaku
inilah lumrah jalan hidupmu
aturan tuhan fitrah padamu

bonda..
kau tabah bila di uji
kau sabar bila di keji
kau diam bila di caci
kau tawakkal bila di benci

bonda..
ku tahu apa yang kau pendamkan
ku mengerti apa yang kau rahsiakan
ku faham apa yang idamkan
dan ku rasakan apa yg kau rasakan

bonda..
janganlah sedih dan jaganlah berduka
satu saat nanti kau kan bahgia
bila si dia ada bersama
menjadi penawar pengubat jiwa

bonda..
air matamu yg gugur kering dipipi
belum sempat jatuh mencecah bumi
kering sendiri di wajah nan sepi
memendam duka rahsia di hati

bonda..
ku pohon restu dari mu
ku pohon ampun darimu
ku pohon redho darimu
dan ku pohon doa darimu

bonda..
usahlah kau berduka pada kisah yg lalu
krn itu taqdir atasmu
bukan salah dan bukan silapmu
tetapi fitrah dari yang satu...

sabarlah wahai bonda...dari anakmu

Coretan Hati 'AKU'

Buatmu yg tersayang...

di ambang bahgia kau dan aku
menanti hari di serambi cinta
berlabuhnya mentari mlm rindu menjelma
resah hati ini diselimuti gelisah

noktah cinta bersulam sayang
kasih bersahut tangan bersambut
mata bertentang hatiku girang
dada berdebar hatiku takut

kan ku selimutmu dgn asmara
kan ku lindungimu dari duka dan lara
itulah harapan dari teruna
buat puteri yang dipuja

impianku ini bukan tinggi
harapan mengunung taqdir ilahi
ku pasrah penuh harapan nawaitu suci
moga noktah cinta berbunga suri

buatmu yg tersayang.

Coretan Hati 'AKU'

Friday 23 December 2011

Selagi dia masih mengingatimu n mencintaimu...

ika hati adalah istana,
maka cinta adalah raja,
ketukusan adalah singgahsana,
kesetiaan adalah mahkota,
dan sahabat adalah takhta yang paling mulia..

kasih tuhan kekal abadi,
sayang Tuhan janjinya pasti,
kasih manusia b'silih ganti,
amalkan zikrullah teman muhasabah diri,
agar sayangmu dekat pada illahi...

jika kamu memancing ikan,
hendaklah kamu ambil ikan itu.
janganlah sesekali kamu melepaskan ia semula
ke dalam air begitu sahaja,
kerna ia akan menderita slagi ia masih hidup.
begitu juga stlh kamu mmberi harapan kpd seseorang.
stlh dia mula menyayangimu,
hendaklah kamu menjaga hatinya..
jangan sesekali kamu meninggalkannyer begitu sahaja
kerna dia akan trluka oleh kenangan bersamamu,
dan x mungkin dpt melepaskan segalanye
slagi die masih mengingatimu n mencintaimu..

perkataan yg cantik adlh ALLAH,
kamus yg terbaik ialah AZAN,
senaman yang terbaik ialah SOLAT,
benda yang paling berharga.... IMAN.

Coretan Hati 'AKU'

Hati ingin berbicara...

Kulerai segala yang terkusut
Kusimpul agar menjadi rapi
Demi menjaga hatimu
Ku rela mengalah selalu
Mengapa kau berubah laku

Inikah yang harus ku terima
Di atas setia sekian lama
Kau menjadikan aku
Pelakon dalam sandiwaramu

Rinduku cintaku bukannya yang terkusut
Kuikat kubelai dan kusimpul...

Hati ingin berbicara
Hati pun sering bertanya
Di mana hujung jalan cerita
Bukannya di bibir tanpa sebarang noktah

Selangkah engkau pergi seribu langkah aku mengejarmu
Sekelip mata engkau hilang seluruh pelusuk ku cari...
Setinggi mana engkau cuba membawa diri akan aku daki....
Sedalam mana engkau cuba menyembunyi kan ku selami

Biar tebukti biar bersaksi
Cinta kita cinta tersimpul rapi

Coretan Hati 'AKU'

Khas utk org yang ku cintai...

dini hari yang indah ini terhibur mendengar kicauan burung menyayikan lagu-lagu cinta, aku yang masih terlena dibuai keasyikan mimpi-mimpi indah tersentak dari lamunannya. lalu ku buka jendela kasih dan ku singkap tabir-tabir rindu maka terlihatlah keindahan alam kedamaian suasana lalu kalamku mengatakan Allahu akbar. pintu bilik berdentum dgn ketukan dari luar aku tersentak dan bergegas membukanya alangkah terkejutnya aku bila kulihat seorang gadis cantik berada dihadapanku dan tersedia pula ditangannya juadah-juadah pagi siap untuk dihidangkan. aku yang terposona tidak terkata apa maka ku persilakan nya utk menghidangkan juadah itu. aku meenlihat hidangan yang enak dan lazat yang terdiri dari santapan-santapan arjuna musafir cinta.nasi cinta berlaukan kasih,masak lemak sayuran rindu,air putih sayang pembilas tengkorokkan bagi penghilang dahaga kegersangan. aku kenyang dan hatiku tenang bila santapan ada yang menemani sajian. ku khabarkan pada alam akan tetap menyayangimu selagi ada daya ini walau nyawa ditukar ganti akan ku tetap menjaga dan membelaimu dikala suka dan duka,bahgia atau sengsara,susah maupun senang inilah luahan kasih dan sayangku.

khas utk org yang ku cintai.

Coretan Hati 'AKU'

Moga kita dirahmati tuhan...

Bergemelapan cahaya bintang
bercahaya terang memenuhi alam
terpesona pula sang kunang-kunang
bila melihat susuana malam

cincing emas sibelah rotan
nama terpahat dibalik seri
tanda kasih buatmu tuan
berseri indah bila dijari

jambangan mawar mekar berduri
kumbang memandang jadi cemburu
inilah kisah cinta yg suci
mengikut resam zaman dahulu

mengadap yang tua itu adatnya
lumrah perpaduan aku dan dia
moga berkah hidup selamanya
berbahagia selama-lamanya

kitab agung jadi sandaran
buat jaminan hidupnya insan
itulah ikhlasnya tukaran tuan
moga kita dirahmati tuhan.

Coretan Hati 'AKU'

Wednesday 21 December 2011

Moga hasratku termakbul..

tenangnya hati bila bersamamu,
hilang resah lenyaplah sendu,
pedih terpisah ditiup sang bayu
inilah kisah si fakir rindu

... aku tenang bak air dikali
bila kau datang menghibur hati
kekasih tercinta bak bidadari
dari syurga engkau impian sejati

noktah ijab berselang kabul
disejadah rindu aku lafazkan
moga hasratku termakbul
mahkota agong anugerah tuhan

tajul arus nama kiasan
buat bandingan aku dan dia
itulah alunan si fakir nya tuan
bila berjumpa bertentang mata,

Coretan Hati 'AKU'

Pesanan utk semua...

kembara sepi lamunan terhenti
putaran alam menyinsing pilu
gelisah hati membara api
bila terkenang nasib diriku

... gelombang ombak gelojak sayu
menhempas pantai berderai duka
itulah hakikat si bahtera kayu
hancur berkecai hanyut kemana

jiwa melarat dirantau orang
bak musafir dipadang pasir
itulah ibarat si hati kontang
kering tk subur gersangnya air

hatilah hati bila bersama
nanti si-dia cemburu durja
kelak kau tersungkur tidak bermaya
di injak pijak oleh sibuta

cemburu pungguk pada sibulan
bila melihat bintang bersama
itulah kisah setiap insan
sentiasa mencari dosa dan noda.

pesanan utk semua.

Coretan Hati 'AKU'

Tak sabar menunggu hari dinanti..

Cahaya malam yg sempurna
umpama intan dalam ikatannya
penyeri alam ketika gerhana
sabar menanti hari bahgia

... dari timur menuju ke barat
mencari bukti kasih abadi
hatiku resah jiwa melarat
tk sabar menunggu hr dinanti

untungnya tubuh bertuahnya badan
bila si pungguk mendapatkan bulan
inilah tanda sebuah perpaduan
antara rahim dan juga rahman

mursyid cinta dalam kerinduan
bersyair sajak gurimdam puisi
dalam jambangan diammu tuan
itulah tempat hiasan puri.

Coretan Hati 'AKU'

Apa yang kau mahu...

apa yang kau cari dah ditemui
apa yang kau minta dah dimakbuli
apa yang kau hajat dah tercapai
apa yang kau mohon dah terlaksana
apa yang kau mahu dah di beri
... apa yang kau hendak dah di sediakan

sekarang apa mahu mu
sekarang apa hendakmu
sekarang apa hajatmu
sekarang apa mintamu

aku mahu itu
aku mahu ini
aku mahu itu dan ini
semua aku mahu

aku bukan tamak
aku bukan haloba
aku bukan bakhil
aku bukan kikir

aku mahu kamu
aku sayang kamu
aku cinta kamu
aku rindu kamu

Coretan Hati 'AKU'

Girang hatiku bila bertemu..

Ku susuri jalan rindumu
walaupun denai berliku dan duri
inilah bukti perjalanan hidupku
buat baktiku padamu sayang
ucapan rindu tangan sayangmu
menyusun lamunan impian dihati
walau sedetik di pertemuan itu
hatiku bahgia dihujani rindu

rinduan kasih dari nyayian kasih
dikolam qalbu kau ku rindu
berbunga kiambang merah dan putih
itulah saksi engkau dan aku

berarak mega di ufuk timur
hujan gerimis menitis cemburu
girang hatiku bila bertemu
walaupun ia seketika waktu

kini sendiri menuai sepi
bila dirimu telah kembali
moga kita bersua lagi
dialam nyata ataupun mimpi

resah gelisah menanti siang
silih berganti siang dan mlm
kau puteri yang aku sayang
dlm membentang didada alam

Coretan Hati 'AKU'

Sunday 18 December 2011

Perjalananku masih jauh...

Perjalananku masih jauh
merentasi onak derita yang mengikat naluriku
segala kemewahan segala kepentingan ku korbankan demi mu
ku tak hiraukan pada diriku
ku tak endahkan kemahuanku padaku
asal bisa mereka2 senang,namun rasa yg terasa melunakkan jiwa ini
bila ku sendiri melihat insan lain bersenang dgn teman2
tetapi aku puas kerana itu baktiku padamu
ku korbankan masa depanku demi mu,takku minta balasan
walaupun ku tahu ianya hasil dari keringat yang cacat ini
ku lemparkan kemahuanku padaku
biarlah ianya menjadi sebuah coretan mimpiku sahaja.
asal kau bahgia,asal kau ceria walau aku memendam rasa
aku puas aku pasrah ku berserah
impian kasih ku kini ku tempat untuk ku labuhkan
moga ianya bercambah subur.

Coretan Hati 'AKU'

Pulanglah kasih pulanglah sayangku..

Dikala kebahgiaan menyelimuti kita
cinta di rentap org ketiga
aku dikata punca segalanya
tingalah daku berbekal air mata

dalam derita ku gagahi jua
menyusun langkah jalan air mata
tanpaku pinta tidak ku sangka
memgapa aku dilanda duka

sedih nan pilu hatiku ini
bila diriku tk dipeduli
malah kau herdik dan juga maki
apakah aku harusnya mati

tinggal kasih tinggalah sayang
perginya aku usah di kenang
membawa diriku di rantau org
biarlah derita ku tanggung seorang

bunga ku puja kini dah layu
jambangan punah diracuni kumbang
jiwaku pedih sengsara nan pilu
bila ku lihat kau berpimpin tangan

apa salahku dan apa dosaku
sampainya hati kau buat begitu
jika ku salah ku pohon ampun darimu
pulanglah kasih pulanglah sayangk

Coretan Hati 'AKU'

Cinta...

Cinta seorang ibu
biar layu kelopak mata
lantaran penat menyisir rezeki
anak tetap disusu
bukan terusan menyerah
anak kekenyangan sisusu lembu.

Cinta seorang ayah
biar keringat membasah lantai
lantaran mengumpul butiran beras
anak tetap disayang
bukan terusan menyerah
keluarga terbiar dirundung malang.

Cinta seorang rakyat
biar utuh tonggak negara
lantaran mengagong nilai adil
agama tetap dijaga
bukan terusan menyerah
negara tergugat disergah tohmah.

Cinta seorang kekasih
biar pedih mengulit kasih
lantaran janji mengusir setia
jiwa tetap dipelihara
bukan terusan menyerah
diri dilupai tiadakan gundah.

Cinta seorang aku
mahu terusan berkelubung
dengan puisi jiwang ini
lantaran jiwawi nan terbentuk
dengan cinta murni abadi
mahu bersemadi dengan luhurnya
nikmat cinta-Mu Ilahi.

Coretan Hati 'AKU'

Bila sudah jatuh cinta

Aku sedar bila tanpa dirimu
Kurasakan dunia ini terhenti
Lambat, kaku dan tidak bernyawa

Bagaikan otak kuterhenti berfikir
Apa yang perlu aku lakukan
Tanpa kau disisi

Rinduku bagai membungkam ragaku
membuat aku terhenti untuk menghela sekalipun

Jiwaku sesak…dan kosong…

Mendengar suaramu bagaikan terhenti nafasku
Untuk kudengar dan masuk terus kejiwaku
Agar tidak diganggu
Agar aku tidak terlepas dari mendengar setiap butir bicaramu

Andai Tuhan mnedengar rintihanku
Bertemumu ingin sekali aku hentikan seluruh maya ini
Agar hanya kau dan aku menikmatinya bersama
Agar masa ini begitu panjang untuk kita berdua sahaja

Adakah kau rasa …terhenti segala-galanya
Bila sudah jatuh cinta

Coretan Hati 'AKU'

Bila disinar cahaya mentari...

semilir angin tiupan sang bayu
memintar sayang di awan-awangan
hatiku pedih bertambah pilu
cinta yg sejati kini hanya kenangan

Igauan kumbang pada sang bunga
bila meniti dirantingan mawar
apakan daya hendak ku kata
mata ku lepas jiwa disangkar

raup wajah indah nan seri
bila disinar cahaya mentari
jiwa nan lara resah menanti
sang kekasih diambang suri

kalau sudi mana buktinya
kalau suka mana tandanya
jangan sampai hamba kecewa
ibarat menanti bulan jatuh ke riba

antara malam dan juga siang
diselangi panas dan juga redup
berhati runsing bila berkasih
bila berkunjung pintu tertutup

impian kasih harapan hatiku
berbunga mekar si kiambang putih
terlampau kasih aku padamu
baunya wangi di ambil tk boleh.

Coretan Hati 'AKU'

Moga menjadi azimat bahgia.

Lindungan kasih buatmu kasih
payung sutera nak raja muda
hati terpaut bila dikasih
moga berjumpa dimuara bahgia

kayangan tinggi tempat nan indah
lagenda orang dahulu kala
itulah tempat bermain madah
antara dewi dan juga dewa

dewa muda sanjungan puteri
dalam istana ia kenangkan
resah jiwa runsingnya hati
bila terkenang si nasib badan

puteri kembang ditasik rimba
duduk bermain diair jernih
hati hamba berasa gembira
bila bersama bermadu kasih

istana kasih tahtanya cinta
untuk siraja yang adil saksama
bila hati sidewa gembira
kayangan runtuh tidak terasa

berkuda sayap turun kebumi
mencari puteri bunga dahlia
gemangnya hati tida terperi
rindu dihulur disambut cinta

seminggu kenduri si anak raja
berpalu gendang dan juga kompang
hati gembira tidak terkata
agar bahgia dihari mendatang.

kiasan rindu bingkisan cinta
hadiah dari si dewa muda
untuk santapan buatmu dara
moga menjadi azimat bahgia.

Coretan Hati 'AKU'

Moga tenang hati dan perasaan.

Bangunlah wahai insan dari lena tidurmu
bangkitlah jgn kau layani mimpi2 yg tiada realitinya itu
kau yang masih muda belia perlu serba tahu
tahu akan dirimu dan tahu akan tuhanmu
mandilah kau di kali kerinduan tuhan
dengan air penyubur keimanan
moga bersih hati dan badan
brserta amal dan juga keikhlasan
bangun dan bangkitlah wahai insan.
jgn biarkan kau diselimuti dgn kemalasan
kerana penyesalan sepanjang sejarah kehidupan
tahukan olehmu dimanakah kenyataan
sebenarnya apa yang kau impikan hanyalah khayalan
tembok kejahilan perlu kau runtuhkan
barulah kau tahu siapa dirimu
kau asallnya umpama bulan
terang benderang seluruh alam.

bidalan kasih si anak dara
di serambi malam ia dendangkan
buat menghiburkan hati nan lara
moga tenang hati dan perasaan.

Coretan Hati 'AKU'

Tenangnya hati bila bersamamu..

Tenangnya hati bila bersamamu,
hilang resah lenyaplah sendu,
pedih terpisah ditiup sang bayu
inilah kisah si fakir rindu

aku tenang bak air dikali
bila kau datang menghibur hati
kekasih tercinta bak bidadari
dari syurga engkau impian sejati

noktah ijab berselang kabul
disejadah rindu aku lafazkan
moga hasratku termakbul
mahkota agong anugerah tuhan

tajul arus nama kiasan
buat bandingan aku dan dia
itulah alunan si fakir nya tuan
bila berjumpa bertentang mata,

Coretan Hati 'AKU'

Kata-Kata Hikmah

Kesabaran dalam menantikan sesuatu itu adalah rahmat,ketaqwaan dalam hidupmu itu adalah berkat.redho pada sesuatu yg mendatangimu itu adalah nikmat,tawakkal pada setiap penyerahanmu itu adalah kebesaran jiwa,maka hendaknya jgn kau palingkan wajahmu dari wajah tuhanmu.taatilah dengan kesyukuran,ikutilah dengan kasih dan sayang,bergeraklah dengan kerinduan,masukilah dengan keyakinan,lampirkanlah dengan senyuman,...dudukilah pada kehambaan,
Coretan Hati 'AKU'

Pandanglah kedalam dirimu...

Pandanglah kedalam dirimu sendiri kerana disitulah letaknya anugerah yang maha agung, sumber segala sumber titik dari kehidupan yang awal mulanya, berkembang didalam istana jantung mendatangkan daya-daya kekuatan bagi badan diri.perhatikanlah dengan saksama, tingkatkan lah pengetahuanmu tentang dia itu.pergunakanlah untuk baik membaik.aku yang berada didalam dirimu yang mendalam.dialam rasa yang ada padamu.renungkanlah akan hal ini.
Coretan Hati 'AKU'

Perbaiki keadaan diri..

Perbaiki keadaan diri dari segi lahiriah mahupun batiniah, sama-samalah kita memperbaiki keadaan kita. jangan lah hendaknya kita menjadi penternak keangkuhan diladang amarah, kerana ianya akan mendatangkan penyesalan sepanjang sejarah kehidupan.
Coretan Hati 'AKU'

Hidup ini umpama lilin

Aku dihina dan juga di keji
beli bersama mata memerhati
inikah keadilan pada diri ini
namun tk siapa sudi mendekati

hidup ini umpama lilin 
nyalanya cahaya membakar diri
hilang dimata lenyap dihati
bila tiada kekasih sejati

masa dan waktu tuhan tentukan
itulah takdir qudrat ilahi
hidup ini tidaklah panjang
cukupnya waktu pastikan kembali

air mata kering dipipi
tak sempat menitis menyembah bumi
itulah derita nasibku ini
bila dikenang resahnya hati

hanya tuhan mampu mengerti
bila insan datang mengabdi
lontaran kasih pasti dimatri
gelisah rindu kini disiram
Coretan Hati 'AKU'

Assalamualaikum...

jikalau engkau tidak dapat memasuki syurga allah didunia ini,maka tidak usahlah engkau impikan syurga akhirat,janganlah kau mencari kehebatan duniawi untuk duniawi kerana ia umpama menempah kunci pintu neraka,usah kau bangga dengan ilmu mu itu kalau engkau tidak mengenali tuan ilmu,usah kau memikirkan tentang allah jika kau tidak habis2 memikirkan soal duniamu,jangan asyik memikirkan imbuhan kalau amalmu itu tidak kau fahami,jangan merasa cukup dlm amalmu kerana itu angkuh namanya.

jangan kau malas dalam tenagamu kelak tuhan tarik nikmatmu
jangan kau berat utk membantu kelak tuhan akan jauh darimu
jangan tengok saja sahabatmu maka bantulah ia kerana itu budimu
jangan kikir pada hartamu kerana itu milik allah
jauhilah bicaramu pada hal2 yg merugikan
jauhilah akan angkuhmu pada setiap kebolehan
buangkanlah rasa malumu dalam mencari kebenaran
buktikanlah akan kebenaranmu jika kau rasa ia benar

orang yang takut memberi pendapat maknanya kurang yakin pada fahamnya
orang yang malu mengjawap itu sombong namanya
orang yang tahu tapi tak mahu membantu itu kikir namanya
orang yang pandai berkata-kata tapi tak tau apa dunggu namanya
orang yang diam bila disoal bukan saudara akan kedudukannya

oarng yang berpangkat hampirnya ia dengan laknat
orang yang lari dari masalah hampirnya dengan kifarah
orang yang suka bila dipuji itulah sifat orang yang keji
orang yang suka mengankat diri menjadi teman firaun nanti
orang yang hampir dengan sesat adalah orang mengejar pangkat

kalau guru pangkatmu dimana baktimu
kalau murid pangkatmu dimana budimu
kalau ayah darjatmu dimanakah tanggungjawapmu
kalau ibu martabatmu dimanakah letaknya kasih sayangmu
kalau anak kedudukkanmu manakah janji taat setiamu
kalau hamba akuanmu dimana penyerahanmu
kalau raja darjatmu dimanakah keadilanmu

jangan berat tulang pasti dosa berkurangan
jangan pelihara sifat malas pasti bala akan terlepas
jangan simpan hasad dan dengki pasti rahmat akan menyertai
jangan mudah putus asa kelak nanti akan bahgia

Coretan Hati 'AKU'