Sunday 18 December 2011

Assalamualaikum...

jikalau engkau tidak dapat memasuki syurga allah didunia ini,maka tidak usahlah engkau impikan syurga akhirat,janganlah kau mencari kehebatan duniawi untuk duniawi kerana ia umpama menempah kunci pintu neraka,usah kau bangga dengan ilmu mu itu kalau engkau tidak mengenali tuan ilmu,usah kau memikirkan tentang allah jika kau tidak habis2 memikirkan soal duniamu,jangan asyik memikirkan imbuhan kalau amalmu itu tidak kau fahami,jangan merasa cukup dlm amalmu kerana itu angkuh namanya.

jangan kau malas dalam tenagamu kelak tuhan tarik nikmatmu
jangan kau berat utk membantu kelak tuhan akan jauh darimu
jangan tengok saja sahabatmu maka bantulah ia kerana itu budimu
jangan kikir pada hartamu kerana itu milik allah
jauhilah bicaramu pada hal2 yg merugikan
jauhilah akan angkuhmu pada setiap kebolehan
buangkanlah rasa malumu dalam mencari kebenaran
buktikanlah akan kebenaranmu jika kau rasa ia benar

orang yang takut memberi pendapat maknanya kurang yakin pada fahamnya
orang yang malu mengjawap itu sombong namanya
orang yang tahu tapi tak mahu membantu itu kikir namanya
orang yang pandai berkata-kata tapi tak tau apa dunggu namanya
orang yang diam bila disoal bukan saudara akan kedudukannya

oarng yang berpangkat hampirnya ia dengan laknat
orang yang lari dari masalah hampirnya dengan kifarah
orang yang suka bila dipuji itulah sifat orang yang keji
orang yang suka mengankat diri menjadi teman firaun nanti
orang yang hampir dengan sesat adalah orang mengejar pangkat

kalau guru pangkatmu dimana baktimu
kalau murid pangkatmu dimana budimu
kalau ayah darjatmu dimanakah tanggungjawapmu
kalau ibu martabatmu dimanakah letaknya kasih sayangmu
kalau anak kedudukkanmu manakah janji taat setiamu
kalau hamba akuanmu dimana penyerahanmu
kalau raja darjatmu dimanakah keadilanmu

jangan berat tulang pasti dosa berkurangan
jangan pelihara sifat malas pasti bala akan terlepas
jangan simpan hasad dan dengki pasti rahmat akan menyertai
jangan mudah putus asa kelak nanti akan bahgia

Coretan Hati 'AKU'

No comments:

Post a Comment