Wednesday, 21 December 2011

Moga hasratku termakbul..

tenangnya hati bila bersamamu,
hilang resah lenyaplah sendu,
pedih terpisah ditiup sang bayu
inilah kisah si fakir rindu

... aku tenang bak air dikali
bila kau datang menghibur hati
kekasih tercinta bak bidadari
dari syurga engkau impian sejati

noktah ijab berselang kabul
disejadah rindu aku lafazkan
moga hasratku termakbul
mahkota agong anugerah tuhan

tajul arus nama kiasan
buat bandingan aku dan dia
itulah alunan si fakir nya tuan
bila berjumpa bertentang mata,

Coretan Hati 'AKU'

No comments:

Post a Comment